Tuesday, January 20, 2009
orang putih ? orang cina ? orang melayu ?
Gary mau training fitness & stamina untuk ke YongYap RayaCina ni.. berbekalkan beg 50+10, di isi beban .. dipikul untuk mendaki sebuah bukit di area pinggir bandar dan ditemani oleh cik nim yang mahu pengalaman mendaki katanya..
semasa mendaki , kata gary ..dia terserempak dengan seorang "orang putih"
orang putih : oh..hi there.. are you on a some sort of training here?
gary : ouh yeah.. yeah ( abes kata2 sebab sedang termengah2 )
orang putih : yeah.. good luck to you~
gary : thanks~ :)
.....................................................................
setengah jam kemudian..terserempak dengan seorang cina pula kata gary..
orang cina : hi.. training meh??
gary : yeah.. this CNY gua mau tangkap itu YongYap~
orang cina : yeah yeah.. training training..kasi fit itu stamina ..
gary : haha.. thank you thank you~
........................................................................
kemudian terserempak dengan sekumpulan budak melayu pulak kata gary.. tapi tidak bertegur sapa ..mungkin barangkali masih2 kehilangan nafas kerana penat mendaki.. dan gary biarkan bebudak melayu tu jalan dulu ke puncak.. " takpela.. lagipon gua suka trekking sorang2 " getus hati gary ketika itu...
...........................................................................
cik nim sudah sampai di puncak ketika itu.. ketika sedang menikmati suasana di puncak.. bebudak melayu tadi tiba.. dan terdengar ada yang berkata ...
budak melayu 1 : poyo tadi ada lagi kat belakang?
budak melayu 2 : poyo mana pulak?
budak melayu 1 : yang bawak beg 50+10 tu..poyoo je beg nak besar2..
budak melayu 2 : ouh..dah jauhhhh tinggal daahhh.. tu lah.. poyooo jehh!~ macam best je
.................................................................................
Selamat Hari Selasa semua!~
Noda ~
Subscribe to:
Posts (Atom)