Thursday, April 9, 2009
Ini adalah Satira (2)
" macam mana nak bagi semua orang puas hati? apa yg gua kene ubah? teruk sgt ke gua ni? "
gua senyum je sambil habiskan daging yang tgh gua kunyah, gua tak jawap, sbb gua rasa dia nak gua dengar je , tak perlu bagi jawapan.
tapi dalam hati gua ,
" nak ke lu ubah diri lu semata2 utk orang lain? jangan bai. "
............................................................................................................................................................
budak tadi datang ke gua sambil bawa layang2 yang dikejar tadi, bersama orang lain,
" ni layang2 nya , nampak ? cantik tak? "
cantik , terlalu cantik, nak je gua amek buat gantung kat dinding bilik,
" ni siapa? "
gua tunjuk budak lagi satu ,
" ouh, dia pun kejar layang2 gak tadi , tapi layang2 dia putus, skarang kitaorang nak carikan dia layang2 baru "
ok , lu dengan dia boleh sila lari laju2 semula sekarang. cuba cari layang2 baru tu gua nak tengok.
Ini adalah Satira
Budak tu cuba berlari laju2 , nak kejar layang2, bentuk segi empat+bulat katanya.
gua tanya , " mana layang2 nya? gua tak nampak pon? "
" tu la , tak nampak, sbb tak nak nampak "
gua keliru, pening dan gugup?
" nampak tak layang2 tu? cantik kan? "
budak tu tanya lagi sambil lari lagi laju
gua lari kejar, sambil jerit " fuckk lahh, gua tak nampak lah sial! "
" tu la , tak nampak , sbb tak nak nampak "
ah sial lah. lu lari lah sorang2!!!
Monday, April 6, 2009
Benda kecik je
Perkara yang bermula kecil dan tidak berbahaya tidak mustahil akan memakan diri satu hari kelak.
.............................................................................................................................
- 10 bulan lepas -
" Naper naik tiba2 plak ni? "
gua ram dua tiga kali , dia turun , gua lega, gua jalan lagi.
rakan2 sudah menunggu di OU untuk Dark Knight
.............................................................................................................................
lepas tu tiada apa2 tanda , gua cek macam slalu , servis mcm biasa
.............................................................................................................................
- 2 bulan lepas -
naik lagi, gua ram dua tiga kali, turun, gua lega, gua jalan lagi.
dia tanya gua : " tak pergi bengkel ke? tanya knapa naik mcm tu? "
" takyah kot, dah turun ni, air tak jalan kejap kot tadik "
.
.
sejak menggunakan WiSE, itu silap paling besar gua pernah buat.
biar kan , buat andaian , tapi sbenarnya gua tgh broke sepanjang tahun(lepas),
haihh.
.............................................................................................................................
- 9 hari lepas -
naik dan tak turun2 lagi.
gua ram dua tiga kali, tak turun, gua sedikit susah hati dan tak sedap hati.
..............................................................................................................................
- 8 hari lepas -
pagi2 gua hantar ke bengkel,
" skarang lu punya ini sudah sumbat , lu punya itu sudah kena , lu punya sini sudah tak jalan, itu kena tuka , ini kena repair "
gua tambah susah hati ,
" brapa ar semua? "
" RM 600 total "
haihh.
..............................................................................................................................
- 5 hari lepas -
naik lagi?? gua tanya lagi,
" eh apasal naik lagi ni? "
gua tambah tak sedap hati ,
" ouh itu lu punya waterpump ar mmg kena ganti baru, sudah tak jalan "
eh aritu gua igt dia tuka skali, rupanya tak,
" brapa kalau nak tuka? "
gua memang dah tak sedap hati langsung
" RM 200 je lagi "
cilaka~ " JE???"
...................................................................................................................................
Perkara yang bermula kecil dan tidak berbahaya tidak mustahil akan memakan diri satu hari kelak.
...................................................................................................................................
hanya kerana tidak menjaga sistem penyejukan dengan betul , ianya mengakibatkan banyak benda,
- tiada duit untuk 2 bulan akan datang
- segala apa yang dirancang utk dia terpaksa dibatalkan
- oleh sebab di atas, dia berubah menjadi hibernasi dan sensitif
- nyaris2 mungkir janji hantar Gary ke airport, dan nyaris2 gua tak sempat bagi baju edisi istimewa ke Gary n Arkhaois ( jgn lupa pakai baiiii!!! )
- terlepas melayan Akta, ajakan rakan2 menonton wayang , program berfaedah dan juga tidak berfaedah.
- tambahan bebanan credit yang sudah sedia tidak tertanggung
- menyusahkan orang lain, pagi2 kena hantar gua ke LRT ( terima kasih dan sori banyak2 bang Sylar )
...................................................................................................................................
sekarang gua broke gila ~ baju terpaksa basuh sendiri , sidai,baju jatuh bawah, basuh lagi, demmit!!
nak makan duit takda , nak kluar duit takda, kereta takda , nak tengok OIAM pon susah hati, nak pergi keje pon susah hati.
tadi mekanik tu call lagi ,
" eh , lu punya piston sudah kena ar kalau mau tuk.."
gua letak .
KAIMAK!!
Subscribe to:
Posts (Atom)