Tuesday, May 19, 2009

perlumbaan tikus



" sedang cuba secara bergaya untuk keluar dari larian perlumbaan tikus. cuma keliru dan penat. "

Dosa.

.................................................................

" can i just have my friends back? " dia sms.

putaran masa tak menunggu, dan kadang2 nampak tidak begitu adil untuk kita. penat mengejar dan dikejar. kita hanya merancang , Tuhan menentukan. ayat stigma orang melayu, atau semua orang. Melayu mudah lupa, mungkin betul , kita lupa Tuhan juga merancang untuk kita, dan apa yang jadi (ujian/musibah/dugaan) terhadap kita mungkin satu mekanisme penolakan kepada kesilapan/kesalahan dalam rancangan yang kita rancang.

bahasa senang= lu merancang, Tuhan tu juga merancang bai, dia tolak proposal lu sbb dia ada better proposal untuk lu.

gua tak pernah hadapi masalah kewangan, surplus selalu ada, tapi sepanjang tahun lepas, selepas satu event hitam, buat hidup gua tak tentu arah, dikejar hutang, meminta hutang, dimakan hutang, membayar hutang. nampak macam tak akan selesai sampai bila-bila.

gua hilang ramai kawan, hilang banyak harta ( gadai untuk bayar hutang ), hilang masa untuk si dia dan paling teruk, gua hilang trust dari ramai orang. jatuh terduduk dan termenung.

a blessing in disguise.

gua hilang ramai kawan tapi dapat ramai sahabat. hilang trust tapi gua dapat banyak peluang untuk dapatkan balik trust.

berkata benar. berterus terang. terima segala kuasa negatif.

rancangan Tuhan itu besar hikmahnya. misteri dan berliku.

so, untuk lu bai, diam adalah pintar. kita masih muda bai. jalan baru 1st check point, tak sampai bonus track lagi, tak jejak KFC lagi bai, lu jalan straight, dah sampai bonsai, slow2 lu akan rasa excitement hidup. bernafas sejuk dalam peluh panas. mata saujana memandang ibarat dunia lu yang punya. hati teruja. kaki sakit , kejang , penat tapi semangat meluak-luak.

relaks je bai dan fokus pada priority.
ok?

...............................................................

“ Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)

Monday, May 18, 2009

dosa fikir noda



" buat betul , buat silap , kalau banyak buat silap orang kata kita makin pandai, tapi, betul ke? "

Noda.

Bencinta




"sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci, kamu
aku cinta, kamu "


-Faizal Tahir