Tuesday, May 19, 2009

perlumbaan tikus



" sedang cuba secara bergaya untuk keluar dari larian perlumbaan tikus. cuma keliru dan penat. "

Dosa.

.................................................................

" can i just have my friends back? " dia sms.

putaran masa tak menunggu, dan kadang2 nampak tidak begitu adil untuk kita. penat mengejar dan dikejar. kita hanya merancang , Tuhan menentukan. ayat stigma orang melayu, atau semua orang. Melayu mudah lupa, mungkin betul , kita lupa Tuhan juga merancang untuk kita, dan apa yang jadi (ujian/musibah/dugaan) terhadap kita mungkin satu mekanisme penolakan kepada kesilapan/kesalahan dalam rancangan yang kita rancang.

bahasa senang= lu merancang, Tuhan tu juga merancang bai, dia tolak proposal lu sbb dia ada better proposal untuk lu.

gua tak pernah hadapi masalah kewangan, surplus selalu ada, tapi sepanjang tahun lepas, selepas satu event hitam, buat hidup gua tak tentu arah, dikejar hutang, meminta hutang, dimakan hutang, membayar hutang. nampak macam tak akan selesai sampai bila-bila.

gua hilang ramai kawan, hilang banyak harta ( gadai untuk bayar hutang ), hilang masa untuk si dia dan paling teruk, gua hilang trust dari ramai orang. jatuh terduduk dan termenung.

a blessing in disguise.

gua hilang ramai kawan tapi dapat ramai sahabat. hilang trust tapi gua dapat banyak peluang untuk dapatkan balik trust.

berkata benar. berterus terang. terima segala kuasa negatif.

rancangan Tuhan itu besar hikmahnya. misteri dan berliku.

so, untuk lu bai, diam adalah pintar. kita masih muda bai. jalan baru 1st check point, tak sampai bonus track lagi, tak jejak KFC lagi bai, lu jalan straight, dah sampai bonsai, slow2 lu akan rasa excitement hidup. bernafas sejuk dalam peluh panas. mata saujana memandang ibarat dunia lu yang punya. hati teruja. kaki sakit , kejang , penat tapi semangat meluak-luak.

relaks je bai dan fokus pada priority.
ok?

...............................................................

“ Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)

Monday, May 18, 2009

dosa fikir noda



" buat betul , buat silap , kalau banyak buat silap orang kata kita makin pandai, tapi, betul ke? "

Noda.

Bencinta




"sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci, kamu
aku cinta, kamu "


-Faizal Tahir

Saturday, May 16, 2009

lambakan muntah



sekarang hujan dan lebat dan hujan dan lebat.

ibarat parafrasa dalam hidup gua kebelakangan ni.

oh, kita kena kekalkan pemikiran positif.

"the night is darkest just before the dawn" kata Harvey Dent

"mungkin musibah itu hikmah dalam hijab yang tebal dan gelap" kata kawan lama

sekarang hujan dan lebat dan hujan dan lebat.

i'm sick and tired.
gua sakit dan penat. muntahan emosi meluat.

tak boleh berbaik-baik kah semua orang?

tolong? please?

oh, hujan dah berhenti lah.

panas dan terik dan panas dan terik.

Friday, May 15, 2009

mabuk



baring atas ombak , terapung dan dibiarkan hanyut, satu mabuk baru.
mabuk dan muntah turqoise.

NodaDosa.

Thursday, May 7, 2009

Selamat Pagi :)

Sudah 4 hari gua melihat dia bangun tidur, semacam painkiller , redakan skala kusut kepala untuk seketika, nafas teratur kembali tenang untuk satu detik. Mabuk!

Ouh , realiti kembali semula, kusut, tapi ada sedikit senyum.

Itu sudah cukup.

Wednesday, May 6, 2009

rindu hashi juga kotatsu.

6 - 4:32pm · Anima ligat menari dalam minda separasedar, mengejek-ejek, keliling hati dengan gelak tawa. Suntik pati erotis dalam pemikiran untuk terus khayal. Perlu cuti dan lari sekejap dari semua ini.

Tuesday, April 28, 2009

hasrat jangka pendek.


gary dengan gaya PMT nya. lu memang sharp bai! haha

gua nak wasted gila-gila boleh?

Monday, April 27, 2009

Chasing butterflies, aren't we all?

Long before, as they may call ancient history, I have been happy being alone, free and unattached. Never did I imagined that I will try to denounce my declaration of independence and slid under a two-way autonomy they may call as relationship. Yah, I did. But what I forgot was to imagine that they never last until eternity. At least not in my so-called 'life'.

And I never have seen it coming. Because I was blinded by dreams so beautiful that i prohibit myself from waking up. So blind that the rays of brightest sun cannot penetrate the corners of my eyes. But I never regretted following my heart in any way. It’s just that I gave too much, but was given back too little. And too late, I never reclaimed what was truly mine. Until I broke away and found solitude in singularity again.

I have a bad feeling because I was nearly independent to the bosoms of that relationship. To what we call intimacy, I gave everything and never felt fear of losing myself in the process of giving. I guess I just truly love when I know I’d be loved back truly. Seriously, I’m beginning to pick up the pieces that were shattered as we bid each other goodbye.

I know I’m not doing well this time. But don’t get me wrong, I’m not that too pessimistic about life. Maybe someday, as frens would belt up, someone will love me the way I wanted someone to need me. Maybe someday, someone will take that empty slot. And who knows, God will send her soon. Or maybe, she's there but wasn’t just recognized by my sight. True enough, I’m here but maybe I wasn’t just recognized. It’s either of the two now.

I’ll never be the same me. Never the same before that relationship. Never the same after the break-up. And never will be the same after I recover. It dawned to me that she was right. There’s always a purpose for everything, be it a blessing or a curse. And yet, these blessings and curses have two faces of perspectives to view from. What’s nice is that we can see everything in the good light and consider them as agents for the better. Maybe, I’d be better this time.

Yup, I easily break down and gave in to tears. Yup, I haven’t moved on even a slightest bit. And yup, maybe I’ll never get to move forward again. Or maybe I can fly the limits of the sky, up away. Now I’m coping and beating the odds.

I think the best way to get even is to recover. The best way to recover is to let go of any expectations. Just hoping that I'm lucky enough to do that. And maybe, just maybe, I'm lucky enough to bounce back...even higher this time insyallah :)

God, grant me the serenity to accept things i can't change, courage to change the things i can and wisdom to know the difference.

RobertoNoda~

klik sini

Monday, April 20, 2009

masa buang - depres diri - jangan bukan-bukan

15 - 1:01pm · cuba menaip status / komen / frasa / dengan tatabahasa yang betul mulai sekarang.

14 - 2:21pm · sudah hilang sense of humor nya untuk hari ini.

15 - 1:01pm · sedang berharap supaya tidak berhenti berharap.

16 - 3:11am · selepas hari ini mungkin aku jadi orang lain, noktah atau koma? entah.


17 - 12:34pm · adalah seorang Casual Smoker, berpendapat, gambar2 ngeri di kotak rokok tidak lah begitu berkesan kerana masih ada beberapa option seperti , cigarette case/tampal stiker/spray/kopek kulit kotak rokok, well, the last one hanyalah kaedah mat rempit kental

20 -
12:34pm · seperti orang lain, pernah merindukan satu zaman lalu (zaman belajar/mengajar/diajar/kurang ajar/tak sejajar). Ada yang berkata , "let bygone be bygone" , " jangan diingat perkara lalu" , namun tidak boleh rasanya kerana saya seorang 'Happy-Go-Lucky' yang suka memendam dendam secara diam dan senyum selalu :) .

20 - 6:12pm · perlu khayal dalam dunia sendiri untuk redakan depresi diri. hrm, mabuk atau masturbasi? *ini adalah cakapan figuratif, harap maklum dan sila tekan butang satira.

loser.

Thursday, April 9, 2009

Ini adalah Satira (2)


" macam mana nak bagi semua orang puas hati? apa yg gua kene ubah? teruk sgt ke gua ni? "

gua senyum je sambil habiskan daging yang tgh gua kunyah, gua tak jawap, sbb gua rasa dia nak gua dengar je , tak perlu bagi jawapan.

tapi dalam hati gua ,

" nak ke lu ubah diri lu semata2 utk orang lain? jangan bai. "

............................................................................................................................................................

budak tadi datang ke gua sambil bawa layang2 yang dikejar tadi, bersama orang lain,

" ni layang2 nya , nampak ? cantik tak? "

cantik , terlalu cantik, nak je gua amek buat gantung kat dinding bilik,

" ni siapa? "

gua tunjuk budak lagi satu ,

" ouh, dia pun kejar layang2 gak tadi , tapi layang2 dia putus, skarang kitaorang nak carikan dia layang2 baru "

ok , lu dengan dia boleh sila lari laju2 semula sekarang.
cuba cari layang2 baru tu gua nak tengok.

Ini adalah Satira


Budak tu cuba berlari laju2 , nak kejar layang2, bentuk segi empat+bulat katanya.

gua tanya , " mana layang2 nya? gua tak nampak pon? "

" tu la , tak nampak, sbb tak nak nampak "

gua keliru, pening dan gugup?

" nampak tak layang2 tu? cantik kan? "

budak tu tanya lagi sambil lari lagi laju

gua lari kejar, sambil jerit " fuckk lahh, gua tak nampak lah sial! "

" tu la , tak nampak , sbb tak nak nampak "

ah sial lah.
lu lari lah sorang2!!!

Monday, April 6, 2009

Benda kecik je




Perkara yang bermula kecil dan tidak berbahaya tidak mustahil akan memakan diri satu hari kelak.

.............................................................................................................................

- 10 bulan lepas -

" Naper naik tiba2 plak ni? "

gua ram dua tiga kali , dia turun , gua lega, gua jalan lagi.

rakan2 sudah menunggu di OU untuk Dark Knight

.............................................................................................................................

lepas tu tiada apa2 tanda , gua cek macam slalu , servis mcm biasa

.............................................................................................................................

- 2 bulan lepas -

naik lagi, gua ram dua tiga kali, turun, gua lega, gua jalan lagi.

dia tanya gua : " tak pergi bengkel ke? tanya knapa naik mcm tu? "

" takyah kot, dah turun ni, air tak jalan kejap kot tadik "

.
.
sejak menggunakan WiSE, itu silap paling besar gua pernah buat.

biar kan , buat andaian , tapi sbenarnya gua tgh broke sepanjang tahun(lepas),

haihh.

.............................................................................................................................

- 9 hari lepas -

naik dan tak turun2 lagi.

gua ram dua tiga kali, tak turun, gua sedikit susah hati dan tak sedap hati.

..............................................................................................................................

- 8 hari lepas -

pagi2 gua hantar ke bengkel,

" skarang lu punya ini sudah sumbat , lu punya itu sudah kena , lu punya sini sudah tak jalan, itu kena tuka , ini kena repair "

gua tambah susah hati ,

" brapa ar semua? "

" RM 600 total "

haihh.

..............................................................................................................................

- 5 hari lepas -

naik lagi?? gua tanya lagi,

" eh apasal naik lagi ni? "

gua tambah tak sedap hati ,

" ouh itu lu punya waterpump ar mmg kena ganti baru, sudah tak jalan "

eh aritu gua igt dia tuka skali, rupanya tak,

" brapa kalau nak tuka? "

gua memang dah tak sedap hati langsung

" RM 200 je lagi "

cilaka~ " JE???"

...................................................................................................................................

Perkara yang bermula kecil dan tidak berbahaya tidak mustahil akan memakan diri satu hari kelak.

...................................................................................................................................

hanya kerana tidak menjaga sistem penyejukan dengan betul , ianya mengakibatkan banyak benda,

- tiada duit untuk 2 bulan akan datang
- segala apa yang dirancang utk dia terpaksa dibatalkan
- oleh sebab di atas, dia berubah menjadi hibernasi dan sensitif
- nyaris2 mungkir janji hantar Gary ke airport, dan nyaris2 gua tak sempat bagi baju edisi istimewa ke Gary n Arkhaois
( jgn lupa pakai baiiii!!! )
- terlepas melayan Akta, ajakan rakan2 menonton wayang , program berfaedah dan juga tidak berfaedah.
- tambahan bebanan credit yang sudah sedia tidak tertanggung
- menyusahkan orang lain, pagi2 kena hantar gua ke LRT ( terima kasih dan sori banyak2 bang Sylar )

...................................................................................................................................

sekarang gua broke gila ~ baju terpaksa basuh sendiri , sidai,baju jatuh bawah, basuh lagi, demmit!!

nak makan duit takda , nak kluar duit takda, kereta takda , nak tengok OIAM pon susah hati, nak pergi keje pon susah hati.

tadi mekanik tu call lagi ,

" eh , lu punya piston sudah kena ar kalau mau tuk.."

gua letak .

KAIMAK!!

Wednesday, March 25, 2009

untuk kesekian(6th pic) kali nya haha

Instructions:
1) Go to your photos folder in your computer.
2) Go to the 6th folder of photos.
3) Go to the 6th picture in that folder.
4) Put the picture on your blog and description of it.
5) Invite 6 friends to join the challenge.
6) Link them in your blog and let them know they have been challenged.

ok bila sini dia
tricky sket.. sbb last 2 weeks kot si sarah tag gua kat FB , gua dah buat n kluar gamba lama dia sambil memegang cigar, haha gua tak jadi upload, :p

dalam 2 minggu tu
folder dah ber update dengan kemasukan gambar-gambar baru haha

gua buat lagi skali setelah di
tag oleh arkhaios haha , kluar gamba ni pulak



p/s : pssttt beliau sedang available skarang dan tgh mencari pasangan sehidup semati untuk bayar bil air wahahahaaha :p

dammit!
haha apsal gamba minah ni lagi? haha gua rename folder tu ( haha :p ) pegi "next" 6th folder, 6th pic adalah gambar berikut ,



ah sangat gua tercabar keimanan ketika melihat gambar ini, satu peringatan kepada gua tentang macam mana selera gua satu ketika dahulu ( aicehh, poooodaaahhhhh satu ketika dulu konon!! :p ) haha gua tak puas hati jugak, gua rename folder itu, mcm tadi gak haha :p

gambar ini pulak yang keluar , ok , gua serender , malas dah nak
rename2 folder, huhuh

gamba dia dengan kekasih barunya, ramai orang kata seiras gua, dem!~ :p hahah



seiras ke? dem!~ hahaha cilake!

gua taknak
tag sapa2 hahah ni saja aktiviti membuang masa. :p hoho

Monday, March 23, 2009

sabar dan ikhlas


" apa pakai inai ni? lu kawen ngan sapa? "

" tak suka eh? igtkan lu suka ... "

gua diam..

"bukan tak suka.. saja tanya.. "

dia diam ..

" takpelah ..lepas ni gua tak pakai lagi inai .. ok? "

gua diam ..

" tak kesah kalau lu nak pakai.. tapi biar cantik-cantik ok? "

dia diam ..

" takpe.. gua tak pakai dah.. sori .. :) "

gua diam .. dia memang macam tu.. kalau terasa biarkan ajer.. kalau dia tengah marah.. biarkan .. kalau lagi di layan ..lagi teruk jadinya.. dah cool baru bleh sembang.. n lagipon , selalu dia yang mulakan minta maaf dulu.. gua dah biasa ..

" lebih baik tersilap memberi kemaafan dari tersilap menjatuhkan hukuman "



"gua cuba duduk tenang dan diam dalam ribut pekik marah dan tawa dari pelbagai sudut.."

Noda~

" ini mungkin masa yang sesuai untuk gua diet keras barangkali..haha " terdetik di hati gua..


............................................................................................................

pengalaman - pengalaman gua sebelum ni cukup mengajar gua.. kalau marah jangan terlalu marah.. kalau pedih jangan terlalu layan.. kalau sunyi , keluar cari rakan.. kalau bosan tido ..

"ikut hati mati .. ikut rasa binasa.. "

" diam adalah pintar "

" terlajak perahu boleh diundur "

tapi gua manusia biasa, jumud , nipis iman , setan melambak dalam hati, kadang-kadang gua silap.. gua buat silap.. gua marah tak menentu.. gua maki hamun.. gua mencarut.. gua jerkah.. gua potong nama .. gua benci.. kesumat..

berkali-kali gua ingatkan diri gua..tetap gua buat silap.. kalau setiap kali gua buat silap gua bleh dapat RM 1, gua bleh buat rumah macam ni bai.. hahaahah..

oleh sebab silap-silap tu juga gua banyak kali sakitkan hati orang.. hati parent.. hati adik beradik.. hati kekasih.. hati sahabat.. kawan-kawan..


" lebih baik tersilap memberi kemaafan dari tersilap menjatuhkan hukuman "

setahun dua ni gua banyak simpan dalam hati dan biar ianya hilang sendiri.. gua pun banyak buat salah kat ramai orang dan cuma dapat harap yang derang dapat maafkan gua satu hari nanti bila gua ada keberanian untuk minta maaf..

" lebih baik tersilap memberi kemaafan dari tersilap menjatuhkan hukuman "

dan memberi kemaafan dan mendapat kemaafan itu sesuatu yang baik dan cantik.. yang gua rasa lah.. tatau lah lu orang kan?

:)

Saturday, March 21, 2009

in denial



" macam mana nak jadi happy-go-lucky mcm lu? "

gua diam.. dia tak tau kot masalah2 yang ada kat gua skarang..

" lu bersangka baik je ... ada orang buat taik .. lu fikir baik2.. ada menda2 tak elok jadi kat lu.. lu fikir ada hikmah disebalik semua yg terjadi.. heheh "

gua mmg series buat mcm tu je slama ni.. tak tipu.. haha

" itu lu mcm living in denial lah .. kan? "

gua gelak.. tapi terdiam jugak dlm hati.. rasa macam ada betul yang dia ckp at certain point..

" it's more like a defense mechanism la babe... dari hati lu sakit or berdendam sbb terlalu pikir sgt.. "

dia paused..

" that's why lah lu tak byk masalah eh ? "

haha gua gelak je..tak jawap.. biar dia anggap itu jawapannya..

Friday, March 20, 2009

mesin timbang



gua sangat obes skarang.. kalau jumpa kawan lama slalu derang akan tanya..

" lu makin sehat eh skarang? berat brapa skarang? "

strangers pon kadang2 ada tegur n tanya ,

" waaaa.. sehat nih.. lu makan apa? berat brapa ? "

slalu gua jawap

" berat? haha sangat berat~ hahaha "

takpon

" sangat- sangat berat "

slalu orang akan gelak , tapi lepas tu tanya lagi sampai gua rasa nak grip kepala yang tanya tu dan buat pusingan ultimate warrior memegang tali atas hahaha.

tapi skarang kalau orang tanya..

" beb..makin lebar badan lu skarang..berdepa-depa... brapa berat skarang? "

gua jawap..

" last gua timbang.. guna mesin yang ada ukur tinggi skali tu..pastu dia akan ckp 'anda kurus , anda gemok' sume tu .. lu tau mesin timbang tu? "

" haaa..tau tau...dia ckp apa? "

duuhhh..beria nak tau..tak sabar nak gelakkan gua la tuh kan? mesti la dia ckp " anda gemok!! anda gemok!! " .. lagi mau tanya gua.. tapi gua jawap

.
.
.
.
.
.
.
.
.

" dia ckp....'sila turun...jangan naik ramai-ramai!~ sila turun~ ' hahah"



n derang akan gelak sampai lupa nak tanya lagi..




kalau tanya lagi gua himpap tarik kaki~

hoho dem merapu je gua

Wednesday, March 18, 2009

Burning Sensation






keliru,.. gua text dia , " serius ke lu nak blanja gua petang nanti ? berdua? yang lain? " .. dia balas " serius! yer berdua, tak kuasa gua nak blanja orang lain ! jumpa depan coach ok?pkol 8"

hhaha ikot je.. gurau2 gua
text lagi " nak beli protection rasa strawberry ke yang kaler polkadot? "
dia balas , " tak.. beli yang '
burning sensation' :p "

hahahahahah gua dengan dia punya gurau kalau wartawan harian metro dengar mesti kluar citer bukan2 kat
frontpage.. haeheheh.
..................................................................................................................

725 gua dah sampai tapi penat gila.. gua tido je dlu dlm kereta , jam 8 tersedar haha~ itupon sbb dapat call tanya gua kat mana..

" tgh cari
parking , skejap lagi sampai "

:p hahaha
.....................................................................................................................

tersenyum2 plak minah ni .. apahal? dia nak blanja gua kat
tony roma's

"minum jer~ nak makan nanti kita pegi
foodcourt ~ hahaha "

hohoho gua mmg ikot je..orang nak blanja jangan ditolak
........................................................................................................................

cis... rupanya semua ada..termasok Anis Mardihah :p ( besar2 nnt jgn byk ckp mcm mak lu ok? haha :p) gary pon ada( cis lu senyapppppp je arr? balas ka apa? ) ~ haha rosi je tak dapat datang sbb tugasannya sebagai tutor huhuh~ dem.. gua terkena ~ haha tapi takpa..
such a pleasant suprise :) .

Chicken BBQ dengan sos 'Carolina Honey' & 'Red Hots' cukup buat gua diam kat sudut meja 'stained dark cherry wood' tony roma's haha :)

terpaksa meniup lilin dari jarak 6 kaki (?) haha apa2 pon layankan aje.

gua pulang dengan perut penuh dan senyum dimuka :p haha
........................................................................................................................

" amacam party? " sylar tanya

" cis..lu pun tau jugak? apsal tak datang? "

"
workload heavy bai..sori tak dapat join eh? "

haha..takpa takpa.. janji semua orang senang hati.. terutamanya gua.. :p haha. sarah
text ,

" amcam? terkujat? " :p "

" haha terkujat la jugak gua haha papahal pon
thanks eh? tapi skang ni.. satu hal.. takkan nak bazir 5pcs 'burning sensation' ni? apa citer skarang? hahah :p "

"mwahahahaha bengong!"

hahahah cam siot je gua :p
........................................................................................................................

terima kasih kawan-kawan :)

noda ~

Saturday, March 14, 2009

kaku dalam fragment



" keep on pushing me over and you can see how much i can change and forget "

Noda~

Friday, March 13, 2009

penat



" gua penat asik cakap & m'mujuk.. lepas ni gua nak diam dan diam.. "

Noda~

tangkap/sutun/@/kapas/island/thinkout~

Thursday, March 12, 2009

yer, gua tau lah!






lapar perot macam cilaka,
bila lagi dapat pergi melaka?

jawap! haha

Noda~


...........................................................................
tserempak kawan "lama gila tak jumpa" aritu

" weh.. makin gemok lah lu skarang.. berdepa2 lebar badan skarang "

yerrr.. gua tau lah!~ hishh

huh~

Wednesday, March 11, 2009

lu jangan nak bajet kiut dengan gua heheh!




ikan bakar disini adalah menetes air liur hoho

Noda~

Tuesday, March 10, 2009

no. plet start M suma bawak cam shall !!! haha









gua pusing2 sampai nak pengsan haha

................................................................................................................................................................

noda : pakcik.. kalu gua nak naik ini beca agak2 bleh?

pakcik beca : hahahahahahaha

noda : lu jangan gelak2.. dah la gua masok melaka tadi je suma keter plet start M bawak mcm cilake je..siap tunjuk finger sama gua ..apa cerita?? kata orang melaka berbudi bahasa , berpantun sana sini.. huh~

pakcik beca : hahahahahhahaha

noda : hahahaha lu gelak je eh.. hahaha fundek~


...................................................................................................................................................

skali skala jalan jauh mmg bagus.. tapi arkhaios, gua tak jumpa la kedai pakcik kungfu lu tuh.. ke tak bukak time gua pegi.. eh tu ipoh ke melaka? dem..gua carik2 arituh tak jumpa2.. igt nak buat mcm lu gak.. tapi gua jadik kungfu panda je la kot.. dem.. hahaha

Tuesday, March 3, 2009

paleredio


I'll drown my beliefs
To have your babies
I'll dress like your nurse
And wash your swollen feet

Just don't leave
Don't leave

And true love waits
In haunted attics
And true love lives
On lollipops and crisps

Just don't leave
Don't leave

I'm not living
I'm just killing time
Your tiny hands
Your crazy kitten smile

Just don't leave
Don't leave

Just don't leave
Don't leave


~ Radiohead - True Love Waits

Tuesday, February 10, 2009

itu malam




remind to myself : " Get it right or let it alone. The conclusion you jump to, may be your own " - James Thurber

Thursday, February 5, 2009

kerusi sakit belakang + speaker pecah + halfway = haha





snook = -16 .. q sudah lost, dem~ :p ( mcm pernah terer je haha )

Noda~

perghhhhhhhhhhhh!~

Erwan~

Saturday, January 31, 2009

jiwa - i - jiwa - ng - : - p



*gambar di atas tiada kena mengena dengan cerita dibawah

noda : lu esok nak kluar,ada nak pegi mana2?

cik da : tak kesah mana2 :)

noda : *dlm hati* haihh... itu je la jawapan..tak kesah tak kesah tak kesah.. huh

cik da : napa?

noda : saja tanya nak tau kot lu ada nak pegi mana2.. ada nak buat apa2 ?

cik da : takdak.. dok sbelah lu tak ckp apa pon takpe dah :)

noda : eleh lu bajet kiut la ckp camtu huh~

cik da : *wink*

office slow - crows zero - kfc bawah - tertinggal malta



"rambut lurus pun blom tentu hati lu tenang"

Noda~

tah-apo-apo-haha

Friday, January 30, 2009

teman









"If you judge people, you have no time to love them."- Mother Teresa

"The best kind of friend is the one you could sit down with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've ever had. " - unknown

"kawan yang best gile adelah yang jenis stab lu depan2" - Noda~

:) haha